Kokurikulum

LATAR BELAKANG

Aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan  berdasarkan kepada Buku Panduan Ko-Kurikulum KKTM/IKM yang telah dikeluarkan oleh   BPLK pada Julai 2007. Ko-kurikulum dibahagikan kepada 2 Modul Teras iaitu:

  • Khidmat Masyarakat  - Diperlukan selama 20-30 jam
  • Kemahiran  -  Diperlukan selama 20-30 jam.

KATEGORI

KOD

NAMA BADAN UNIFORM / PERSATUAN

BOMBA

Kesatria Bomba 

APM

Kesatria Angkatan Pertahanan Awam

RELA

Kesatria Rela

MERT

MARA Emergency Response Team

 

 

 

 

 

 

MASA LATIHAN

Aktiviti ko-kurikulum dijalankan pada setiap hari Ahad sebelah pagi dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

TEMPAT LATIHAN

 Mengikut Kelab/Persatuan masing-masing yang telah ditetapkan oleh AJK/Jurulatih

JURULATIH

Aktiviti kokurikulum di IKM Sik mempunyai dua cara latihan iaitu dilatih  sendiri oleh penyelaras kokurikulum dan AJK yang dilantik. Menggunakan jurulatih luar yang mana memerlukan kepakaran dan sijil pentauliahan yang berkaitan.

KHIDMAT MASYARAKAT

Khidmat masyarakat yang dijalankan di IKM Sik hanya untuk semester satu sahaja dimana mereka disyaratkan memperolehi perkhidmatan tersebut selama tidak kurang dari 20 jam sepanjang semester.

Perkhidmatan yang diperolehi adalah dari luar dan juga dalam IKM sendiri. Pengesahan khidmat masyarakat akan ditandatangan oleh orang yang mengendalikanya dan disahkan oleh Ketua Penyelaras ko-kurikulum

PERJALANAN KOKURIKULUM

  • Pelajar baru akan diberi taklimat tentang aktiviti ko-kurikulum dan membuat pemilihan mengikut keperluan quota semasa setiap ko-kurikulum pada minggu kedua selepas pendaftaran.
  • Semua ahli diwajibkan mendaftar dengan mengisi Borang Pendaftaran Kokurikulum Pelajar Baru.
  • Aktiviti harian pada setiap pagi hari Ahad bermula dengan pelajar akan berkumpul terus di ko-kurikulum yang telah ditetapkan oleh kelab itu sendiri. Ini bertujuan untuk mengambil kedatangan ahli.
  • Penerangan diberikan kepada ahli aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Aktiviti yang dijalankan ada yang berbentuk kumpulan besar dan  berkumpulan kecil atau berbentuk pasangan dan individu. Ianya bergantung kepada jenis kokurikulum tersebut. 
  • Semua ahli diminta mecatitkan aktiviti yang telah dilakukan didalam Buku Kecil Aktiviti ko-kurikulum dan disahkan oleh penyelaras ko tersebut.