DIPLOMA KOMPETENSI ELEKTRIK (PENJAGA JENTERA A1)

TEMPOH PENGAJIAN

24 Bulan (sepenuh masa)

SYARAT KELAYAKAN

Lulus Sijil atau Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri) dari IKM/KKTM dengan perakuan kekompetenan Pendawai PW4

SINOPSIS PROGRAM

Program ini telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga. Pelajar yang tamat latihan dengan jayanya akan dianugerahkan Diploma Kompetensi Elektrik(Penjaga Jentera Voltan Rendah A1) dan layak untuk menduduki peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Voltan Rendah dengan sekatan A1 oleh Suruhanjaya Tenaga. Program ini menawarkan pembelajaran dan latihan berasaskan teori dan amali. Pembelajaran dan latihan meliputi membuat kerja-kerja penyeliaan, pendawaian, membaikpulih, menyenggara, menguji system pepasangan dan kelengkapan alatradas elektrik termasuk kerja-kerja talian atas dan kabel bawah tanah voltan rendah

KANDUNGAN SILIBUS

Semester 1: Electrical Industrial Installation And Maintenance 1, Low Voltage Switch Board, Aerial Line System, Electricity Supply Act and Regulations 1, Electrical Motor And Protection, Islam Dalam Kehidupan, Etika Dan Moral

Semester 2: Low Voltage Switch Board Practices, Aerial Line Practices, Underground Cable Practices, Electrical Machine Control Practices, Supervisory Skill, Communicative English

Semester 3: Industrial Training

Semester 4: Electrical Industrial Installation And  Maintenance 2, Electricity Act And Regulations 2, Basic Electrical Distribution, Electrical Drawing, Project Management, Digital Entrepreneurship

PROSPEK KERJAYA

Juruteknik, Penjaga Jentera Elektrik dan Penyelia

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Melanjutkan pelajaran di IKM ke peringkat Diploma Kompetensi Elektrik (Penjaga Jentera Voltan rendah A4)