Sejarah Penubuhan

SEJARAH IKM

Sejarah penubuhan Institut Kemahiran MARA Sik adalah di atas cadangan bagi memindahkan IKM Alor Setar yang sedia ada ke lokasi baru iaitu di Daerah Sik. Ini kerana pajakan tanah Kerajaan Negeri selama 25 tahun telah tamat dan kawasan untuk pembesaran adalah terhad.

LOKASI DAN KELUASAN TAPAK

IKM Sik terletak di Sik Dalam, Daerah Sik, Kedah dengan keluasan 33 ekar dan harga tanah bernilai RM 3.0 juta. Jenis syarat asal tanah adalah jenis getah, sawah dan tanah kampung. Bangunan direka khas oleh Azmi Luddin Architects yang telah menelan belanja lebih kurang RM 47.0 juta. Kos keseluruhan adalah berjumlah kira-kira RM 67.7 juta termasuk bangunan, tanah, bayaran ikhtisas, peralatan dan kelengkapan.

Majlis pecah tanah telah diadakan pada 24 April 2000 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Hj Syed Razak Syed Zain, Menteri Besar Kedah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Y. Bhg. Tuan Hj Abdul Karim Haron (Ketua Pengarah MARA), Tuan Hj Abdul Aziz Abdul (Pengarah Bahagian Kemahiran MARA), Pengarah MARA Negeri Kedah dan tetamu-tetamu jemputan.

BILANGAN STAF

Penempatan kakitangan yang bermula dengan Pengetua, Penolong Pegawai Tadbir (K) dan beberapa tenaga pengajar bermula pada Januari 2004. Mereka ditempatkan di Bahagian Kemahiran dan kemudian ditempatkan pula di Pejabat MARA Daerah Sik sebelum masuk ke kawasan IKM Sik.


Pada 1 Ogos 2004 semua kakitangan yang ada berpindah ke dalam kawasan IKM Sik dengan dikendali oleh 30 kakitangan dan tenaga pengajar. En. Ahmad Jalaludin Bin Hj Mohd Wahi adalah Pengetua yang pertama dilantik oleh MARA bagi menerajui Institut Kemahiran MARA Sik dan En. Wan Saiful Baharin Bin Wan Ahmad Marzuki sebagai Penolong Pengetua Hal Ehwal Pelajar dengan dibantu oleh beberapa orang kakitangan pentadbiran yang lain.

Berikut adalah jumlah staf setakat Julai 2013:-

  • Staf Pentadbiran :  28 orang
  • Pendidik            :  83 orang

Pada 1 Ogos 2004, pengambilan pelajar sesi pertama telah dilakukan. Dengan bilangan tenaga pengajar yang amat terhad, berbagai masalah terpaksa dihadapi dalam mengendalikan aktiviti pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran. Walaubagaimanapun, semua kekurangan itu telah dapat diatasi dengan semangat kekeluargaan dan lahirlah IKM Sik yang ceria dan mempunyai satu organisasi yang kukuh dan cemerlang.

Berikut adalah bilangan pelajar setakat Julai 2013:

  • Bilangan Pelajar :   639 orang

 

KURSUS / PROGRAM

Pada awal penubuhan, hanya 4 kursus dijalankan bagi sesi pengajian Jun-Disember 2004 iaitu :-

  • Kursus Teknologi Elektronik
  • Kursus Teknologi Pengiklanan & Rekabentuk Grafik
  • Kursus Teknologi Komputer
  • Kursus Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara

Pada sesi pengajian Jun-Disember 2005, telah ditambah 3 lagi kursus baru iaitu :-

  • Kursus Teknologi Elektrik (Penjaga Jentera)
  • Kursus Teknologi Elektrik (Domestik & Industri)
  • Kursus Teknologi Lanskap

 

 VISI ORGANISASI

IKM Sik akan menjadi sebuah pusat latihan kemahiran teknikal yang terulung di dunia bagi melahirkan tenaga mahir yang juga berpotensi untuk menjadi usahawan teknikal yang berjaya.

MISI ORGANISASI

Mewujudkan pengurusan yang aktif, berkualiti dan berwawasan bagi meningkatkan prestasi pencapaian pelajar ke tahap terbaik.
Meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang sukan, kelab dan badan berpakaian seragam ketahap cemerlang.
Mewujudkan suasana yang kondusif bagi melahirkan warganegara yang inovatif dan kreatif.

SENARAI MANTAN PENGETUA / PENGARAH