SOALAN LAZIM

1. Saya ada memohon kemasukan ke IKM tetapi permohonan saya ditolak. Sedangkan keputusan saya di ketegorikan memuaskan dan bersesuaian dengan kursus yang diminta.

* Memang benar ada beberapa sebab sesuatu permohonan itu ditolak. Antaranya:-

a) Tidak menggunakan pensil 2B semasa mengisi borang OMR.

b) Meninggalkan atau tidak mengisi butiran lengkap di borang OMR.

c) Tidak menyertakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa,salinan sijil kelahiran pemohon dan ibu bapa,salinan sijil persekolahan dan lain-lain.

d) Memilih yang tidak layak mengikut kelayakan akademik.

* Persaingan yang sangat sengit dari segi jumlah permohonan (60,000 pemohon) berbanding tempat yang ditawarkan cuma 4,000 tempat.

 

2. Tahap manakah Sijil Kemahiran MARA berbanding dengan sijil MLVK?

  • Kedua-dua sijil di atas adalah SIJIL KEMAHIRAN (skill certificate).
  • Sijil Kemahiran MARA dikeluarkan oleh Bahagian Kemahiran MARA manakala sijil MLVK atau dikenali juga Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan,Kementerian Sumber Manusia.
  • Memang ada perbezaan antara kedua-dua sijil ini:-

* Sijil Kemahiran MARA hanya satu tahap dimana kurikulumnya bersepadu yang merangkumi adunan pengajian teknikal tertentu dan pengajian am seperti Matematik,Perakaunan,Bahasa Inggeris dan Ugama.

* Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mempunyai 5 peringkat iaitu tahap satu hingga tahap lima.Kurikulumnya lebih menekankan pengajian teknikal di semua peringkat.

 

3. Bagaimanakah pemilihan dibuat semasa memilih pelajar-pelajar untuk masuk ke IKM.

  • Bahagian Kemahiran MARA ada menganjurkan 2 jenis persijilan di IKM:-

Peringkat Diploma & Peringkat Sijil

Pemilihan pelajar bagi kedua-dua peringkat di atas adalah berdasarkan sistem merit (Pemohon yang mempunyai kelayakan tertinggi). Kaedah ini diperkenalkan kerana jumlah permohonan tahun ke tahun telah meningkat dengan banyaknya sedangkan tempat yang di sediakan sangat terhad.

 

4. Adakah elaun diberi kepada pelajar?

  • Elaun diberi kepada pelajar setiap bulan mengikut peraturan MARA sedia ada.

 

5. Berapa kalikah permohonan IKM dibuat?

  • Permohonan boleh dibuat sepanjang tahun tetapi hanya akan di proses sebanyak 2 kali setahun iaitu sesi Januari dan Julai.Permohonan juga boleh dibuat secara online.Borang boleh dibeli di pusat-pusat MARA berhampiran melalui iklan di dalam surat khabar.

 

6. Bagaimana mendapatkan Sijil IKM jika hilang?

  • Sijil boleh diperolehi semula dengan membayar RM 50.00 kepada IKM berkenaan.

 

7. Adakah asrama disediakan?

  • Ya,sepanjang tempoh pengajian di IKM pelajar akan disediakan tempat penginapan (tidak termasuk semasa latihan industri)

 

8. Adakah pelajar yang tinggal di dalam asrama dibenarkan membawa kenderaan?

  • Setiap pelajar dibenarkan membawa kenderaan semasa menjalani latihan.Tetapi kenderaan pelajar wajib diletakkan di tempat yang di khaskan SAHAJA di dalam kawasan IKM.