Padang Bola

Pihak Ikm sik telah menyediakan satu padang bola sepak yang menepati piawaian KBS. Kedudukannya yang hampir dengan kafe dan Bangunan Integrasi amat sesuai untuk persediaan sebelum perlawanan atau sebarang acara yang diadakan di atas padang tersebut.

Gelanggang sepak takraw

Gelanggang sepak takraw juga disediakan oleh pihak Ikm Sik, kedudukan yang dekat dengan kediaman asrama untuk memudahkan pelajar dan penonton jika ada yang mahu menyaksikan perlawanan dari luar.

Gelanggang Futsal


Gelanggang Futsal juga disediakan oleh pihak IKM Sik. Kedudukannya yang berdekatan dengan kediaman asrama memudahkan pelajar dan penonton jika ada yang mahu menyaksikan perlawanan dari luar.

Gelanggang Bola Tampar


Gelanggang Bola Tampar juga disediakan oleh pihak IKM Sik. Kedudukannya yang berdekatan dengan kediaman asrama memudahkan pelajar dan penonton jika ada yang mahu menyaksikan perlawanan dari luar.

Asrama Putera dan Puteri


Dengan menekankan ciri-ciri keselamatan, privasi dan keselesaan pelajar, blok aspura (Asrama Putera) IKM Sik mampu memuatkan pelajar sebanyak 672 orang. Setiap bilik berlainan saiz dikhaskan untuk 4 orang pelajar sahaja. Aspura mempunyai 3 blok yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas.  Blok aspuri (Asrama Puteri) IKM Sik pula mampu menempatkan seramai 224 orang pelajar. Setiap bilik berlainan saiz dikhaskan untuk 4 orang pelajar sahaja. Aspuri mempunyai 1 blok yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas.

 

Dewan Besar


Dewan Besar Ini mampu memuatkan sehingga 800 orang pada satu masa. Ianya dilengkapi dengan kemudahan seperti gelanggang badminton serta alat audio video yang mampu membantu untuk melaksanakan program yang diadakan di dalamnya

Pusat Pelajar


Pusat pelajar ialah kawasan di mana pelajar dapat menjalankan aktiviti kokurikulum, dobi, bilik operasi pelajar dan bilik warden

Education Learning Center


Education Learning Center (ELC) IKM Sik dilengkapkan dengan perisian yang terkini bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan kepada pengguna perpustakaan

Kafeteria Dan Dewan Makan


Kafeteria yang terletak di bangunan pentadbiran manakala dewan makan terletak berdekatan dengan asrama lelaki. Di kafeteria ini dibuka untuk pelajar dan staff membeli makanan yang biasanya beroperasi sehingga 5 petang manakala dewan makan pula beroperasi sehingga 10 malam.

Surau


Surau di IKM Sik mampu memuatkan sehingga 300 jemaah pada satu masa. Lokasi surau tersebut amat dekat dengan asrama bagi memudahkan pelajar datang ke surau.

Blok DFS(Cyber Security)


Blok DFS di IKM Sik menyediakan kemudahan pembelajaran dalam bidang keselamatan siber. Ia dilengkapi dengan makmal komputer moden dan sistem rangkaian selamat untuk melatih pelajar dalam asas perlindungan data, keselamatan rangkaian, dan etika siber.

Blok PPU(Aircond)


Blok PPU di IKM Sik menempatkan kemudahan latihan bagi bidang penyaman udara dan penyejukan. Dilengkapi dengan peralatan industri sebenar, blok ini memberi pendedahan praktikal kepada pemasangan, penyelenggaraan dan sistem kawalan HVAC.

Hubungi Kami

Institut Kemahiran MARA Sik

Jln Sek Menengah Agama 08200

Sik Kedah.

📞 Tel  04 4692045

💌 email infoikm_sik@mara.gov.my