
Latar Belakang IKM Sik
Sejarah penubuhan Institut Kemahiran MARA Sik adalah di atas cadangan bagi memindahkan IKM Alor Setar yang sedia ada ke lokasi baru iaitu di Daerah Sik. Ini kerana pajakan tanah Kerajaan Negeri selama 25 tahun telah tamat dan kawasan untuk pembesaran adalah terhad.
IKM Sik terletak di Kampung Sik Dalam, Daerah Sik, Kedah dengan keluasan 33 ekar dan harga tanah bernilai RM 3.0 juta. Jenis syarat asal tanah adalah jenis getah, sawah dan tanah kampung. Bangunan direka khas oleh Azmi Luddin Architects yang telah menelan belanja lebih kurang RM 47.0 juta. Kos keseluruhan adalah berjumlah kira-kira RM 67.7 juta termasuk bangunan, tanah, bayaran ikhtisas, peralatan dan kelengkapan.
Majlis pecah tanah telah diadakan pada 24 April 2000 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Hj Syed Razak Syed Zain, Menteri Besar Kedah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Y. Bhg. Tuan Hj Abdul Karim Haron (Ketua Pengarah MARA), Tuan Hj Abdul Aziz Abdul (Pengarah Bahagian Kemahiran MARA), Pengarah MARA Negeri Kedah dan tetamu-tetamu jemputan.
Majlis pecah tanah telah diadakan pada 24 April 2000 yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Hj Syed Razak Syed Zain, Menteri Besar Kedah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Y. Bhg. Tuan Hj Abdul Karim Haron (Ketua Pengarah MARA), Tuan Hj Abdul Aziz Abdul (Pengarah Bahagian Kemahiran MARA), Pengarah MARA Negeri Kedah dan tetamu-tetamu jemputan.
Utusan Pengarah
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas segala limpahan rahmatNya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang kepada para pengunjung laman web IKM Sik, Kedah.Dalam zaman teknologi maklumat, perkembangan pendidikan bergerak pantas seiring dengan era globalisasi. Ledakan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan wujudnya portal yang dapat dimanfaatkan oleh warga pendidikan. Laman web ini dijayakan dengan konsep yang bersifat interaktif, informatif dan mesra pengguna, selaras dengan keperluan masyarakat agar memberi maklumat terkini mengenai perkembangan IKM kepada semua. InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak, laman ini akan dikemas kini secara berterusan dan diharap dapat berfungsi sebagai laman rujukan pelajar dan pusat pengurusan pengetahuan.Harapan saya agar laman web ini memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya pelajar IKM Sik sendiri. Segala pandangan untuk penambahbaikan adalah dialu-alukan.Akhir kata, selamat melayari laman web ini, semoga saluran alternatif ini akan lebih mantap dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.
En Zulkifli B Zakaria
Pengarah IKM Sik
Pengarah IKM Sik
VISI
Menjadi organisasi pendidikan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa.
MISI
Meneraju Pendidikan Teknikal dan Vokasional dalam melahirkan modal insan global yang berintegriti kompeten dan
berinovasi serta berpontensi menjadi teknousahawan.
berinovasi serta berpontensi menjadi teknousahawan.
MATLAMAT
Menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri serta kecenderungan terhadap budaya kerja cemerlang dan keusahawanan.
Organisasi Pengurusan

PengarahEn Zuklifli B Zakaria

Tim Pengarah HEAEn Mohd Zaki

TP HEPEn Mohammad Hasnan Hafiz
AHLI PENGURUSAN IKM SIK
